10 Kenyataan Menteri Malaysia Yang Paling WIN Korang Pernah Dengar

Menjelang pilihan raya yang akan datang ni, ramai di antara potential voters mula intai-intai menteri yang akan dorang angkat jadi calon ADUN kat kawasan dorang. Menteri-menteri kat Malaysia ni boleh dikatakan kebanyakan ada tahap pendidikan yang tinggi jugaklah sebab graduate di antara 100 universiti terbaik di dunia.

Tapi kadang-kadang rakyat Malaysia ni pelik jugak kenapa dorang selalu keluarkan kenyataan luar biasa untuk dihadam ramai. Maybe kita tak boleh salahkan menteri-menteri ni sebab ‘situasi’ yang buat dorang jadi macam tu. So ni kita orang senaraikan 10 kenyataan menteri Malaysia yang paling win korang pernah dengar. 

1. “Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT” – Fathul Bari (2013)

Kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Fathul Bari di dalam blog peribadinya ni buat ramai ilmuan dan ahli agama tersentap sikit. Kata Fathul Bari, kenaikan harga barang ni adalah satu ujian daripada Tuhan untuk rakyat Malaysia. Malah dia jugak mintak kita jangan ‘berkalau-kalau’ contohnya, “kalau parti itu yang memerintah mesti harga barang tak naik”. Sebabnya perkara macam ni boleh rosakkan akidah. Emm ye ke ni? Korang rasa macam mana? Selama nih admin ingat harga barang ditentukan oleh ekonomi!

Sumber: Blog2. “Don’t believe Najib means don’t believe in Allah” – Ismail Sabri (2015)

Laporan yang diambil dari Sabah Daily ni memang antara yang paling kontroversi kami pernah baca. Tujuan Datuk Seri Ismail Sabri cakap macam tu kononnya untuk back up Perdana Menteri kita daripada kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu. Ismail mengaku yang PM Najib sudah angkat sumpah di masjid berkaitan hal tu dan kalau kita tak percaya sumpah laknat beliau, tu tandanya kita tak percaya dengan Allah.

Bila isu ni jadi viral, Ismail dakwa wartawan ambil kenyataan dia out of context.Tujuan dia cakap macam tu adalah untuk bagitahu yang dia percaya dengan sumpah laknat Najib dan bukannya keluar fatwa suruh semua percaya Najib. Oh gitu! 

Sumber: Blog

3. “Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara” – Nazri Aziz (2012)

Kebanjiran pendatang asing kat negara kita ni rasanya forever jadi masalah besar yang tak pernah selesai sampai bila-bila. Tapi bila Nazri Aziz keluar kenyataan cakap kedatangan PATI kat Sabah ni tak gugat keselamatan dalam negeri tu, ramai yang tak puas hati! Mana taknya, actually banyak persoalan yang timbul bila PATI-PATI ni semua masuk dalam kadar yang banyak.

Antaranya, rakyat Sabah marah dengan kerajaan yang bersikap ‘acuh tak acuh’ tangani masalah ni. Lepas tu ada pulak yang persoal macam mana PATI ni senang-senang dapat MyKad sebab benda ni mampu gugat kedaulatan negara. Fuhh benda-benda panas ni! 

Sumber: Blog

4. “Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula” – Hasan Malek (2013)

Memang pelik tapi nilah yang Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek ajak rakyat Malaysia buat dengan beramai-ramai untuk tukar selera makan ikan dengan daging sebagai cara untuk kawal harga ayam. Kata Hasan, cara ni sajalah yang kita boleh buat untuk ajar peniaga yang suka cari kesempatan kaut keuntungan masa musim perayaan.

Tapi yang buat rakyat tak berapa puas hati dengan kenyataan Hassan ialah harga daging dengan ikan pun naik melambung-lambung mahal. Jadi apa sebenarnya Menteri Kepenggunaan patut buat untuk bantu kurangkan beban rakyat??

Sumber: Utusan

5. “Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan” – Hasan Malek (2013)

Kami tak tahu lah apa yang buat menteri ni keluarkan kenyataan macam ni, tapi menerusi laporan mStar tak lama dulu, Datuk Seri Hasan Malek mengaku yang dia tak ada langsung terima aduan mengatakan rakyat merungut harga barang naik. So dia agak-agak rakyat semua okay dan sokong jelah kenaikan harga barang tu.

TETAPI… lain pulak kata rakyat kalau kita semua perasan kat media sosial. Korang pun mesti antara salah sorang yang kondem Hasan Malek kat Facebook kan? Kenaikan harga barang ni sebenarnya bagi kesan buruk kat mereka yang kurang berkemampuan. Kais pagi makan pagi lah gamaknya…

Sumber: Blog

6. “Dedah pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba-lumba beli dakwat kekal” – Shahidan Kassim (2013)

Kenyataan yang dikeluarkan Shahidan Kassim ni masa dekat PRU13 beberapa tahun dulu. Masa tu kecoh isu dakwat kekal yang akan digunakan SPR untuk celup jari pengundi yang dah buang undi. Sebab ni undang-undang baru, ramai yang nak tahu macam-macam, sampaikan siapa pembekal dakwat kekal ni pun dorang nak cari tahu.

Tapi Shahidan ambil tindakan tegas tak mahu dedahkan sebab dia takut rakyat salah guna dakwat tu. Tapi yang jadi isunya betul ke dakwat tu berkualiti dan kenapa kos beli dakwat tu meningkat tiga kali ganda? Lagi satu, kenapa pulak rakyat berlumba-lumba nak beli dakwat kekal ni?

Sumber: Antarapos

7. “Pelajar universiti masak sendiri dari makan di luar untuk elak daripada GST” – Ahmad Maslan (2015)

Kenyataan Ahmad Maslan yang satu ni memang buat pelajar universiti berapi-api marah dan naik angin. Katanya, kalau pelajar universiti merungut sangat cukai GST tu membebankan, apa kata kalau korang masak je sendiri dari asyik makan kat luar. Tapi sebab Maslan bagi ucapan ni kat dalam kampus UiTM, ramai yang ingat dia suruh pelajar masak dalam kolej. Alamak!

Kat kolej seperti pelajar universiti semua tau, memang tak boleh masak sebab tu memang undang-undang yang dah kampus tetapkan. So bila benda ni jadi, ramai serang Twitter Maslan sampai dia jadi trending weh. Marah nauu korang eh! 

Sumber: Blog

8. “Solat berjemaah sebelum balik sekolah benda bodoh, menyusahkan pelajar” – Zaid Ibrahim (2017)

Kenyataan dari Zaid Ibrahim ni memang auchh sangat! Sebelum ni, Pejabat Daerah Kuantan ada buat satu rules yang wajibkan pelajar sekolah kawasan tu solat berjemaah dulu sebelum balik sekolah. Katanya, rules macam ni bagus untuk build up character budak sekolah dengan belajar bersolat. Tetiba Zaid Ibrahim terus cakap,

“Ini adalah satu dari banyak lagi perkara bodoh yang pendidik kita sebarkan kepada pelajar kita, satu lagi sekolah sia-sia. Nak bina karakter? Ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,” lapor Malaysian Digest.

Dia jugak tambah, amalan keagamaan ni semua menyusahkan pelajar yang sebenarnya dah terbeban dengan macam-macam amalan lain lagi. Uishh beraninya Zaid Ibrahim keluar kenyataan macam ni! Kan solat tu tiang agama. 

Sumber: Blog

9. “Orang Malaysia hidap diabetes dan obesiti tanda negara makmur” – Bung Mokhtar (2018) 

Haih kalau dalam setahun korang tak nampak Bung Mokhtar ni keluarkan kenyataan pelik kat Twitter memang tak sah lah rasanya kan. Tapi kenyataan yang terbaru dari ADUN Kinabatangan ni buat korang terbeliak mata kalau dengar. Katanya, Malaysia ni ialah sebuah negara yang makmur sebab rakyat mampu makan banyak sehingga berlaku obesiti. Benda macam ni obviously bukan benda yang patut kita banggakan sebab obesiti ni penyakit bahaya tau. Boleh mati kalau tak cuba turunkan berat badan.

Sepatutnya Bung Mokhtar patut fikir cara macam mana nak turunkan percentagerakyat yang hidap obesiti. Bukan buktikan ekonomi negara makmur dengan cara macam ni. Hmm…

Sumber: The Star

10. “Saya lancarkan di Chiang Mai semua puji, sememangnya logo (VM2020) ini untuk pelancong asing. Ini bukan untuk dalam negeri” – Nazri Aziz (2018)

Isu logo Visit Malaysia 2020 ni memang hangat beberapa bulan lepas sebab ramai yang kritik cakap rupa logo ni teruk sangat dan memang kalahlah kalau dibandingkan dengan logo negara lain. Tapi macam biasa, Nazri Aziz selaku Menteri Pelancongan still jugak bertegas nak guna logo ni dan tak kisah langsung dengan kritikan korang tu. Dia cakap simple je,

“Kritikan ini biasa. Saya lancarkan di Chiang Mai dan di Chiang Mai semua puji, sememangnya logo ini untuk pelancong asing. Ini bukan untuk dalam negeri, saya tidak kisah dan peduli,” katanya di FMT.

Fuh tinggi confidence Nazri Aziz kan, walaupun ramai yang kutuk gila-gila logo VM2020 ni.

Sumber: NST

Walau macam mana pun korang janganlah label menteri-menteri ni semua sebagai kurang cerdik. Ada kemungkinan besar dorang tak maksudkan apa yang dorang cakap tu. Ada jugak yang wartawan salah interpret.

Hadamlah kata-kata menteri ni dengan bijak! 

sumber: Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *