Aiman Tino Terkejut Kena Tampar Dengan Pelakon “Senior”

 Penyanyi remaja yang kian meningkat naik, Aiman Tino terkejut apabila dirinya ditampar oleh pelakon senior, Fazlina Ahmad.
Memetik laporan BH Online, Aiman berkata dia sukar untuk menjiwai watak dalam drama bersiri, Mak Cun yang bakal dibintanginya.

Lalu, pelakon Fazlina telah menolong Aiman untuk mengajar bagaimana cara menjiwai watak dan kemudiannya menampar Aiman.

Namun begitu Aiman tidak mudah melatah dan marah pada Fazlina kerana dia faham tindakan pelakon senior itu adalah untuk mengajarnya menjiwai watak dengan baik.

“Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu.

 

“Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut. Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya.

 

“Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.

 

“Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan prop gara-gara menjiwai watak,” katanya kepada BH Online.

Bagi MH Aiman merupakan seorang artis yang profesional dan sikap ini harus ada pada setiap selebriti di negara kita lebih-lebih lagi pendatang baru.

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti dan selagi ada peluang untuk menimba ilmu daripada artis-artis senior, MH harap mereka yang baru dalam industri ini tidak melepaskan peluang tersebut.

Sumber: Media Hiburan via BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *