Comel! 7 Anak Artis Pandai Speaking London Yang Boleh Buat Korang Tergugat

English memang bahasa yang common digunakan kat Malaysia. Senang je nak mahir bahasa ni, rahsia dia ialah praktis. Maybe sebab tu lah artis Malaysia sekarang ramai yang dah biasakan anak dorang untuk cakap bahasa ni.

Kita yang melihat dan dengar dorang cakap BI pun boleh terhibur dengan kepetahan mereka bertutur dalam BI. Korang tau tak ramai je anak artis yang dah dibiasakan dari kecil untuk bercakap dalam BI. Ini 7 anak artis yang pandai speaking London.

1. Lara Alana

Sumber: Instagram

Puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni nak masuk empat tahun dah. Cepatnya masa berlalu! Lara memang dah biasa dengar mak dan ayah dia cakap English dengan dia. Tapi Lara ni bukanlah sepenuhnya cakap omputih sampai tak leh cakap Melayu. Kira dia balance lah. And seronok dengar dia cakap BI. Comel je!

 

2. Arrian

Sumber: Instagram

Arrian anak Tomok ni jangan cakaplah weh. Dia kalau speaking, macam anak mat saleh dah hah! Berhabuk! Dah lah cakap dalam BI, gabung pulak dengan kepetahan dia ni. Adoi! Dia ni bakal cairkan hati-hati gegirl kat luar sana satu hari nanti. Arrian ni sekarang dah lima tahun dan dah kuasai tiga bahasa, Melayu, BI dan Cina. Hebat!

 

3. Ratu & Cleopatra

Sumber: Instagram

Yang ni pulak puteri-puteri kepada penari Linda Jasmine dan pelakon Que Haidar. Dah maknya pun kacukan Melayu dan British kan, anaknya pun speaking Londonlah of coz! Memang budak-budak ni kalau korang dengar, petah habis bercakap BI.Parents dia pun memang dah biasakan cakap omputih dari kecik. So, memang tak hairanlah dorang hebat cakap BI.

4. Tristan dan Isabella 

Sumber: Instagram

Kedua-dua si comel ni merupakan anak kepada Serina Redzuawan dan bekas suaminya Gavin Edward O’Luanaigh. Memandangkan bapaknya omputih, tak peliklah parents dia memang ajar anak-anak dia bertutur in English. Lagi pun, keluarga Serina ni memang dah biasa cakap BI. Tengok je Chef Wan yang fasih menggunakan English. Tapi apa-apapun, anak dia still faham dan boleh cakap Melayu jugak.

5. Ammara Sofea Rose

Sumber: Instagram

Ammara ni anak kepada Azad Jazmin dan Eira Syazira. Comel weh anak dia. Nama pun sedap je. Ala-ala nama novel gitu. Dia pun jenis budak yang berani nak cakap Bahasa Inggeris memandangkan mak dan ayah dia pun memang speaking dengan dia. So, dia pun dah biasa dan selesa menggunakan bahasa tu. Tapi macam yang lain, Ammara pun pandai dan faham BM jugak. Actually pasangan ni dah ada tiga orang anak. Tapi Ammara yang paling sulung dan petah bercakap dari lain.

6. Zander, Alessandrea & Zydane

Sumber: Instagram

Anak-anak Harith Iskander dan isteri ni memang of coz lah speaking je kan. Ayah dia pun tengoklah, sekali bukak mulut cakap omputih, berhabuk weh! Kedua-dua anak Harith sama macam yang lain, dah dibiasakan dengan Bahasa Inggeris di rumah. Kalau tengok video mereka di Instagram pun, memang parents dia berkomunikasi dengan anak-anak dalam BI.

7. Ryan Sky

Sumber: Instagram

Ryan Sky. Nama pun macam mat saleh dah! Ryan ialah anak kepada Ning Baizura dan suami. Dah bapaknya orang putih, anak pun berbahasa omputih lah ye dak? Anak Ning ni pun memang cheeky sangat dan pandai bergurau. Terhibur dengar dia cakap English dengan accent dia tu. Comel lah anak Ning ni! Baru lima tahun dah hebat berkomunikasi dalam BI.

Kadang tergugat rasa dengan anak selebriti yang pandai speaking London ni. Senang nanti dorang nak belajar BI di sekolah sebab dah ada asas. Betul lah orang kata semuanya kena praktis baru menjadi. Ye dakk?

Anak korang nanti nak ajar bahasa apa?

sumber: Lobak Merah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *