“Saya Selesa Dengan Syafiq Kyle” – Zahirah Macwilson

Aktres berdarah kacukan, Zahirah Macwilson mengakui selesa bekerjasama dengan pelakon Syafiq Kyle.

Sedang popular menerusi drama rantaian Tak Ada Cinta Sepertimu, Zahirah gembira dapat berlakon disamping Syafiq yang komited dengan kerjayanya.

“Ini merupakan gandingan sulung saya bersama Syafiq dalam sebuah drama bersiri. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Keserasian itu kami dapat dengan cepat. Dia sangat profesional dan memberikan komitmen terhadap kerjayanya. Saya selesa berlakon disamping Syafiq dan berharap penonton dapat merasakan apa yang kami cuba sampaikan,” kata Zahirah.

Memegang watak Athea dalam drama tersebut, Zahirah juga gembira kerana dapat berlakon disamping ayahnya, Zainol Macwilson.

“Tak Ada Cinta Sepertimu juga menjadi drama bersiri pertama saya bergandingan dengan ayah. Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ayah sendiri dan perkara tersebut memudahkan saya untuk menjayakan watak Athea.

#TakAdaCintaSepertiMu Athea. Baca laju laju. Ulang 10x. Ok?

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

“Ayah sering membantu saya untuk menjayakan watak-watak sukar yang memerlukan penguasaan emosi. Ayah juga memberikan tunjuk ajar sepanjang berada di set penggambaran,” katanya lagi.

Tak Ada Cinta Sepertimu yang diarahkan oleh sutradara Jamal Khan merupakan naskah adaptasi novel karya Anna Milia.

Selain Zahirah, Syafiq dan Zainol, drama bersiri 16 episod ini turut menampilkan Ruhainies, Fadlan Hazim, Ardell Aryana dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

https://www.instagram.com/p/BgWJj22nN6W/?hl=en&taken-by=syafiqkylez

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zahirah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *